CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 17, 2010

...kasihku dalam amat...

on thursday lovely morning, 'melawat kawasan' darlings brightened my day...with sensitive ones, passing around teasers...hehe...wondering when laa will we be together merrier like we used to...ooo...nostalgic...

then, there came about friendship rights...

in answering nozie's query to salwa - my answers below...(gathered from my readings)
--------------------------------------------------------------------------------
Persahabatan yang berlandaskan saling CINTA kerana Allah akan menghasilkan kemanisan iman, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Ada 3 perkara yang apabila seseorang memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dia CINTAi daripada selain keduanya, dia menCINTAi seseorang tidaklah dia menCINTAinya kecuali kerana Allah, dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah membebaskan darinya sebagaimana dia tidak suka dilemparkan ke dalam api." [HR Al-Bukhari]

liza menCINTAi sahabat-sahabat liza semuanya kerana Tauhid yang kalian miliki, pengagungan kalian kepada Allah dan semangat kalian di dalam mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

insyaAllah...

Di antara hak terhadap sesama yang dianjurkan adalah itsar (mendahulukan sahabat dalam segala keperluan) dan perbuatan ini dianjurkan (mustahab)...

Itsar sejelasnya hanya berlaku untuk urusan duniawi (contoh: mendahulukan sahabat-sahabat kita dalam makan dan minum); sedangkan di dalam ibadah, itsar adalah dilarang (contoh: kita tidak dibolehkan mengitsar sahabat untuk solat di hadapan dengan membiarkan diri kita di saf belakang) - sumber: Al Wajiz fii Iidhohi Qowa'id Al Fiqhi Al Kulliyati

Tingkatan persahabatan itu ada 4 macam:

  1. Bersahabat kerana Zat (diri) orang tersebut. (contoh: rupawan)
  2. Bersahabat kerana kemaslahatan Duniawi. (contoh: kekayaan, pangkat)
  3. Bersahabat kerana kemaslahatan Akhirat. (contoh: ilmu)
  4. Bersahabat kerana Allah. (peringkat terbaik dan diredhaiNya)
Sahabat yang didekati - hendaklah yang beragama, berakal, baik akhlaknya, berpegang dengan Ahli Sunnah wal Jamaah serta zuhud terhadap dunia...

Manakala musuh yang dihindari - mereka yang berdusta, kurang akal, kedekut, pengecut serta fasik...

Apakah hak-hak sahabat?!!
Secara ringkas:
  • Menolong dengan harta apabila sahabat berada di dalam kesempitan hidup
  • Menolong dengan kudrat sekiranya sahabat berada dalam kesibukan tugas
  • Menolong dengan lisan (lidah) - memurahkan puji-pujian terhadap kebaikan sahabat
  • Memanggil sahabat dengan panggilan yang disukainya
  • Amanah dan menyembunyikan keaiban sahabat di setiap ketika
  • Memohon maaf serta saling memaafkan sahabat
  • Mendoakan kesejahteraan sahabat
  • Tidak menyusah/memberati sahabat
  • Ikhlas dalam menunaikan hak-hak sahabat
indahnya nikmat bersahabat...masyaAllah :) :) :)

3 comments:

|| a - j . E . E || said...

kita sahabat? :D

salwabee said...

jzklh aliza...
sy tak sempat nak reply to nozie, awak dah reply dulu..

kejora said...

ajee - yes...alhamdulillah...

salwaku - :)