CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 20, 2012

...kita dan KEHIDUPAN kita...

kita dan KEHIDUPAN kita bukanlah:

  • sekadar mempertahankan MATA PENCAPAIAN kita
  • seberapa RAMAINYA SAHABAT kita
  • seberapa RAMAINYA yang MENGHUBUNGI kita
  • seberapa RAMAINYA yang MENERIMA mahupun TIDAK MENERIMA kita
  • sama ada kita MEMPUNYAI RANCANGAN PADA HUJUNG MINGGU atau MEMILIH UNTUK BERTENANG
  • SESIAPA yang SEDANG BERSAMA kita, PERNAH BERSAMA kita mahupun yang BELUM PERNAH TERLINTAS UNTUK BERSAMA kita
  • KELUARGA kita dan seberapa banyakpun HARTA yang DIMILIKI
  • jenama KERETA yang kita PANDU
  • gerbang SEKOLAH MANA kita DIBEKALKAN ILMU
  • betapa RUPAWANnya paras wajah kita
  • PAKAIAN yang kita peragakan mahupun KASUT yang kita sarungkan
  • betapa asyiknya MUZIK yang mendamaikan kita
  • sama ada WARNA RAMBUT atau WARNA MATA kita itu HITAM, PERANG, MERAH, JINGGA mahupun HIJAU sekalipun
  • sama ada WARNA KULIT kita itu HITAM MANIS, SAWO MATANG, PUTIH MELEPAK atau KUNING LANGSAT
  • IJAZAH KEPUJIAN apa yang kita terima, seberapa PINTARnya kita, seberapa PINTARnya kita pada PENILAIAN sejagat atau seberapa PINTARnya kita berdasarkan keputusan UJIAN PENILAIAN KEPINTARAN
  • sama ada kita DISENANGI GURU itu atau kita DISENANGI GADIS/TERUNA itu
  • PERSATUAN yang kita sertai
  • betapa HANDALnya kita beraksi dalam "sukan kita"
kita dan KEHIDUPAN kita bukanlah sekadar mempersembahkan keberadaan kita dan memperhatikan kelibat yang "MENERIMA KITA".

kita dan KEHIDUPAN kita adalah:
  • sesiapa yang kita SAYANG dan sesiapa yang kita LUKAI
  • sesiapa yang kita BAHAGIAkan dan sesiapa yang kita DERITAkan
  • MEMBERI atau MENGKHIANATI KEPERCAYAAN
  • PERSAHABATAN - yang disulami KEIKHLASAN mahupun yang berbaur HASAD
  • apa yang KITA KATA DAN MAKSUDKAN yang berkemungkinan MENGHARUKAN mahupun MENGGURIS
  • mewar-warkan KHABAR dan menyebarkan DUSTA malahan FITNAH
  • apa yang kita NILAI beserta PENJELASANnya dan kepada siapa disebarkan penilaian kita
  • sesiapa yang telah TIDAK kita HIRAUkan dengan SELURUH KAWALAN dan NIAT kita
  • CEMBURU, KETAKUTAN, KESENGSARAAN, KESUNYIAN dan DENDAM
kita dan KEHIDUPAN kita adalah seakan-akan memikul KECINTAAN NURANI bersama-sama KEBENCIAN NURANI lantas dizahirkan, dibiar mekar untuk dikongsikan.

Yang paling unggul adalah,

kita dan KEHIDUPAN kita adalah keupayaan KEHIDUPAN KITA dalam MENYENTUH HATI dan MENYELAMI PERASAAN INSAN menurut jalan yang mustahil dilalui bersendirian. 

kita dan KEHIDUPAN kita adalah SALING MEMERLUKAN.

kita sahaja yang MAMPU MEMILIH bagaimana untuk MENGHADIRKAN HATI dan PERASAAN INSAN itu agar MENERIMA kita.

dan PILIHAN itulah yang MENENTUKAN kita dan KEHIDUPAN kita.

0 comments: