i met an old friend, K at a forum today...
Tuesday, November 30, 2010
...aku tidak AKUSTATIK...
Wednesday, November 24, 2010
...i value differently...i value LOVE...
Coretan abadi kejora at 2:29 AM 3 comments
Saturday, November 20, 2010
...orang bilang-bilang...
macam-macam...
tak apelah...
ku pun boleh bilang-bilang macam-macam jugak...
ku bilang-bilang 1 2 3 to infinite...
tipulah, kebelakangan ini ku OK...
adelah swing-swing itu...
dengarlah lagu...nyanyi-nyanyilah...
lari-larilah...
masak-masaklah...
baca-bacalah...
solat jangan tinggal...ngaji 100 ayat...sejuk hatiku...
dasarnya, ku hepi bilamana dapat berkabaran...
anta je laa sms sampai penat...(pagi ini sudah anta satu - tanganku gatal)
aturannya - usah peduli apa orang bilang-bilang...
orang bilang-bilang buat diriku serabut - ini ditegah, itu tak kena (alaahaii, korang bilang-bilang ni, yang kene jalan-jalan, diriku lah juge, tak ade pulak yang sudi menemankan...tak apelah, ku maafkan)
biar ku bilang-bilang sendiri dengan rahmat Allah...insyaAllah...
ya Allah, sekali lagi peliharalah aku sebaiknya...kawallah kedegilanku...hanya Engkau Maha Mengetahui...
Coretan abadi kejora at 9:37 AM 0 comments
Friday, November 19, 2010
kenape ku belum menangis?!!
Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda,“ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t., seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” (Hadis Riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.
Coretan abadi kejora at 11:18 PM 0 comments
Thursday, November 18, 2010
...raikan CINTA Allah...
alhamdulillah...terime kasih atas kesabaran dan memaafkan...
- never give up your right to be wrong
- being alone is great, but being with them is even better
- CINTA itu memberi, CINTA itu mendengar, CINTA itu berkorban, CINTA itu tanggungjawab, CINTA itu mendoakan, CINTA itu memaafkan
- dan CINTA itu selamanya indah kerana ia dicipta oleh Allah - Tuhan Yang Indah dan sukakan keindahan
Coretan abadi kejora at 1:08 AM 2 comments
Tuesday, November 16, 2010
...sometimes Aliza kene jugak menang...
www.iluvislam.com
Oleh: Ahmad Fahmi
Editor: Rasailul Ashwaq
Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.
"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.
"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?," saya cuba mencuit dengan nada bercanda.
"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."
"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.
"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."
"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.
"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.
Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.
Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah. Dijalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.
Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.
"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" tanya saya.
"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."
"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.
Mainstream Masyarakat
Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari firman tertinggi, ayat-ayat cinta, al-Quran dan sunnah!
Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.
"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" cadangan "ganjil" saya.
"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.
Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.
Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri. Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.
Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.
Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!
Cara Menghubung
"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.
"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.
Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.
Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.
Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.
"Biasanya, orang tengah itu siapa?"
"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."
"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."
"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."
"Hurmm..."
"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun tak apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.
"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."
"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.
Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa core bisnes kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.
Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!
(Surah An-Nur:26)
----------------------------------------------------
merujuk artikel di atas, Aliza terpanggil mengingat nasihat seorang kawan Aliza tiga hari yang lalu:
Kite perempuan ni ade maruah, janganlah kau biar orang pijak-pijak...
soal maruahkah?
Aliza kenal diri Aliza...insyaAllah...dan Allah jualah Yang Maha Mengetahui...
kawan Aliza ini meminta supaya Aliza berdiam diri buat seketika untuk jangka masa yang lama...menurut kawan Aliza, semua kaum Adam ini sifatnya sama...sahabat Aliza itu pun mungkin sama...berilah mereka ruang...bawak-bawaklah bertenang...
Aliza pula lain pandangannya...tidak betah mengikut stigma masyarakat...
degil Aliza ni lain macamnya...Ya Allah, peliharalah Aliza sebaiknya...
bergantung kepada niatlah...itupun kekasih Aliza - Yang Satu jugaklah yang tau...
Aliza sudah senyap hampir 5 hari...cukuplah tempoh bertenang Aliza...syukur...
petang ini, Aliza memilih untuk tidak senyap lagi...Aliza cuma nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat Aliza...dan sahabat Aliza itu tentunya...
Aliza minta maaf kepada sahabat Aliza itu...Jomlah sama-sama kita menang mencari keredhaan-Nya...aminn...
-------------------------------------------
recently, i did many many happy things...
DGAs were celebrating Dewi's Baby Shower cum Farewell at Pipah's crib...happening sleepover...had soooo much fun makan2, main2, photogedixing, and even mimicking Dewi's tummy (with balloons)...kekekekekeke...and zzZzzzzZzzzzzzzz...we had our censored time whenever our Stackos came tumbling down...ooopssss...and bankrupt eras...and Dewi's been held up in Jail almost every rounds...huwaaaaaa....will cherished our great times...
got some catch ups with 2 of my "missing" girlfriends...yeay...cyber hugssss...cyber kissesss...XOXO...why laa ohh why we're oceans apart?!!!
managed to invite several DGAs viewing my lovely Iris...cantik...cantik...Cik Mas pun cakap cantik...jadi, percayalah...Iris cantik...Afnan pun gayat-gayat, kan Bie kan?!! here comes 'tukang bising' Iris...and guess what, yesterday, my bookshelf has arrived...yeay...and jumpe jiran2 jugak...2 nice malay families...they are 07-11 and 07-09...nanti Liza hantar kuih...yeay...yeay...
Encik Limau, saye sudah register untuk Malakoff Run...jumpe kat sane, ye...Cik Farrah juge, sile temankan saye...
sekali lagi,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat Liza...
petang ini, balik ke Klang bersama Afifku...nak buat Nasi Dagang untuk esok :)
Saturday, November 13, 2010
...pernah tak kau tak salah...
Kes Satu
tau tak ade satu keadaan di mane ade sesuatu perkare yang dan dan time tu juge kamu nak buat, tapi kamu tak sepatutnye lakukan, sebab nantinye tak seperti yang kamu mahu...
Kes Dua
dan ade juge ketike di mane ade sesuatu perkare yang kamu tak sepatutnye lakukan tapi kamu kene lakukan dan dan time tu juge, sebab nantinye kamu dapatlah ape yang kamu mahu...
ini namenye 'Law of Gender'...
diriku telah ambil Kes Satu...pade hari Khamis yang lepas...
ape yang diriku rase?!!
nak tembak perempuan itu...wakakakakaka...
sabar sungguh yang sebelah sane...
Her lover was mad at her....perhaps because she neglected Him...and she didn't listen well enough of her mama's thoughts...and her lovely girlfriends' too...this girl has been imposing obligation on His possession which is not her rights...she hopes to have a saviour for she is afraid to be lonely soon...she thinks too much and she was irrational sometimes...
now she knows her dignity...she lies sometimes but she never fakes...
kadangkale seronok juge buat kerje gile ni...dari situlah, kite belajar...
patutnye belajar sedari dulu...
dalam rase-rase lega ini, diriku siap gelak-gelakkan je perempuan itu...haii...
sile belajar...iye...baiklah....
yang sebelah sane, rase nak tembak tak perempuan itu? boleh lah tembak...
tapi perempuan itu baik hatinye....
naif kot hari Khamis lepas...
saye mintak ampun...sebab saye buat silap dengan Dia...Dia murka....dan saye terime cahaye...alhamdulillah...
yang sebelah sane, senyum dan tak payahlah kate ape-ape...senang cerite...kan?!!
Coretan abadi kejora at 6:35 PM 0 comments
Thursday, November 4, 2010
Tq.Allah syg sume hambaNya.
:) terime kasih jugak,have a good rest,nite
Monday, November 1, 2010
...mohon Tuhan...
lemah di hadapannya
Kau tahu berapa lama
aku mendambanya
untuk kali ini saja
beri aku kekuatan
‘tuk menatap matanya
untuk kali ini saja
lancarkanlah hariku
hariku berSamanya~~~
hariku berSamanya~~~
...apa betulkah?!!!
nota mula: entri ini ditulis dalam Bahasa Melayu untuk pemahaman...
Coretan abadi kejora at 5:33 AM 6 comments